Order Dari Russia




Salam semua, inilah kehebatan facebook... tidak dapat nak nafi, kebanyakkan order yang saya terima adalah dari rakan2 facebook, kemudian merebak ke saudara mara dan sahabat handai mereka. Memang seronok sangat!.

Order kali ni memang special, datang dari Izyan, yang sedang study di Russia, sempena mengingati hari istimewa sahabat baiknya Sabrina.

Kesilapan saya tak minta no Sabrina hanya berpandukan alamat Lot rumah, masyaAllah punyalah besar kg Cempaka ni.... serata kampung saya pergi.... lastly saya ikut gerak hati untuk masuk satu lorong tu dan bertanya pada sorang lelaki ni.. tahu tak mana rumah En Rosli yang anak dia bertunang hari ni... Wah lelaki tu dengan confidentnya menjawab, Owhhhh Doctor Rosli.. dengan nada yang sangat meyakinkan, "ni rumah dia! belakang rumah lelaki tu jerrr.

Sampai kat depan rumah kebetulan ada satu kereta nak keluar, saya bertanya.. ni rumah Sabrina Rosli? ya ya... masuk2 tunggu saya 15 minit, wah sangat peramah. saya minta maaf sebab tak dapat tunggu lama Doc, sebab ada benda penting kena selesaikan!

Lama gak berbual dengan isteri Doc, tetiba Sabrina sampai dengan kereta perdana.... So saya serahkan sendiri... Wahhhhh punyalah nampak air muka Sabrina happy dengan kiriman Izyan ni... sampai saya pun terharu.

Seronok saya dapat kenal family Doctor Rosli, walau pun pertemuan tu sangat singkat!, sebab saya dapat belajar menjadi seorang yg mesra.

Thanks Izyan
Powered by Blogger.