Selamat Pengantin Baru Awie




Hai, sahabat-sahabatku, kali ini saya sibuk menyediakan wedding cakes untuk adik sahabat saya Kak Nor di Kutan, Pasir Pekan. Dia minta yang simple-simple saja.

Waktu sibuk menyiapkan cake ni... kerja-kerja frosting terpaksa diberhentikan seketika kerana jiran hadapan rumah saya Kak Tie datang ke rumah memberitahu jiran kami meninggal dunia di Hospital Kota Bharu. So saya pun bergegas ke rumah Jiran kami tu. Sebak rasa hati, melihat keluarga si mati. Kak Tie (Kak Tie juga namanya) ada anak yang mengalami kegagalan buah pinggang serius. Waktu suaminya dikejarkan ke hospital oleh adik iparnya, Kak Tie sendang mencuci salur yang dipasang di perut anaknya... tak sampai 30 minit, dia dapat telefon suaminya sudah meninggal dalam perjalanan.

Tapi Kak Tie memang tengan orangnya. Semoga kita sama2 mendoakan agar roh Pok Ya di tempatkan di sisi orang2 yang beriman.

Selepas Kak Tie bertolak ke hospital, untuk menuntut jenazah, saya balik dan siapkan segera kek ni dalam 15 minit, terus bersiap ke Kutan, sebelum saya bertolak ke kampung almarhum untuk memberikan penghormatan yang terakhir.

Salam untuk semua dari saya sue....
Powered by Blogger.