Ingatan tulus ikhlas dari Mizan dan adik-adik buat Mama tersayang



Wahhh tersentuh hati saya dengan cc ni. Cc ni di order oleh Mizan yang duduk di Miri Sarawak untuk bonda tercinta di Pasir Mas Kelantan. Bukannya senang nak jumpa anak teruna yang ingat birthday ibunya... sejuk perut ibu Mizan mengandung.

Katanya, dia minta sahabatnya untuk order cc ni, sebab di tak tahu benda2 macam ni... itu tak penting Dik, yang penting niat mengingati hari penting ibu tu yang paling berharga.

Nak cari rumah Mizan ni sedikit mencabar, sebab tiba2 email di iPod saya tak boleh nak baca... nasib baik Mizan telefon saya nak tanya perkembangan ccnya kalau tak kena carilah wifi free kat mana2.

Sampai kat rumah Mizan... alamak ada kenduri plak.. saya pun redah jer lah melihat pada susuk tubuh seseorang entah macammana hati ni tergerakmesti ni Bonda Mizan... Wah betul firasat ku... happynyer bonda Mizan.. dia suruh kami singgah makan.. tapi oleh kerana kami ni pemalu dan lagipun berlorat nak pergi some where, kami just berterima kasih dengan ajakan itu dan apa yang penting saya sangat happy.

TQ myzan and sibling....
Powered by Blogger.