Happy Birthday Abang..






22hb August adalah tarikh yang memang sangat istimewa bagiku. Kalau dulu mesti tercari-cari kek apalah yang sedap nak beli untuk birthday abang. Tapi sekarang tak payah susah, masuk dapur kucar sendiri jerrr.

Pagi 22hb terpaksa pergi followup kat Perdana Specialist jumpa Doctor, aduhai.. tengahhari baru selesai, barang tak cari lagi, terus ke TESCO dan kedai Bakery beli apa yang patut untuk barang2 baking.

Sampai rumah siapkan order Nabila, sambil nak buat cheese cake untuk birthday abang.... tengah2 mengadun cari Cheese cream tak ada.. adoi.. manalah aku letak.. telefon kedai Kak Pi.. tanya ada tertinggal takk cheese cream saya dia kata tak derrr... tak der masa beli jerlahhh masuk kete.. hahhh tergolek kat tempat duduk rupanya... jam dah 5.30 petang cake tak siap lagi, makanan buka puasa tak prepare lagi... perut rasa semacam... dengan bekas operation dan period pain dah menyerang.... sabar-sabar... aku gagahkan gak buat semua kerja... alhamdulillah cheese cake sedang dibakar, Sediakan nasi tomato, dalca, ayam masak merah dan acar tomato... 6.30 pm SIAP! wah rasa macam Chef plak.. cepatnya buat semua ni....

Memang penat tapi berbaloi... Happy Birthday Abang...
Powered by Blogger.