Slice Cakes Untuk Majlis Kesyukuranku






sudah lama saya tidak membaking ni, 28hb Jun 2010 yang lalu saya terpaksa menjalani satu pembedahan untuk membuang cyst di ovary saya, namun rupanya tanpa di duga ia bukan sekadar cyst tapi cancer. Mujurlah cuma tahap 1(a) yang mana saya tak perlu mejalani kimoterpi. Semuanya bermula apabila bacaan ujian darah CA125 saya tinggi -40, bagi tubuh yang normal bacaan CA125 tu mestilah di bawah 30.

Berdebar rasa hati menanti keputusan ujian darah kedua selepas operation yang saya jalani di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu. 11hb July 2010, saya telah bertemu semula dengan Doctor yangmerawat saya, ternyata syukur pada Allah bacaaan CA125 saya menjadi 10, doctor menjangkakan mungkin bacaan tu 30, tapi saya dapat 10.

Ibu mertua pun sibuk nak buat doa kesyukuran, tapi lantaran keadan kesihatan yang tak mengizinkan kami buat di masjid berdekatan rumah saja.

Tapi biasalah, bila rasa sihat sikit jer, mulalah kepala tak duduk diam. So saya buat kek choklat, ni untuk saya agihkan kepada jeaamh masjid yang menghadiri majlis solat hajat dan kesyukuran itu.
Powered by Blogger.