Birthday Cupcakes

Tiga hari yang full dengan order, satu saja harapan agar dikurniakan dengan kesihatan oleh Allah. Syukur... berjaya juga saya mengharungi 3 hari yang tough ini. Terima kasih kepada suamiku tercinta En Sham yang terlalu memahami minatku. Terima kasih anak-anak ku yang tak banyak kerenahnya...

Terima kasih kepada kenalan-kenalan baru dari pengunjung blog suhaila-artwork. Thank you so much!


This is order by Irma, Mun, And Anis


ORDER DARI ANIS TO MR MOHIT

Anis dari Pasir Mas request untuk buah hatinya En Mohit yang bertugas di Prudential, Tanjung Chat, Kota Bharu. Anis minta strawberry dengan biskut yang macam stick ni.

Masa duk buat decoration pada cake ni tiba-tiba rasa terliur sangat kat strawberry ni..... Flavour cupcakes Anis ni blueberry. Hope so Anis and Mohit suka dan puas hati.








ORDER MUN UNTUK YANG TERISTIMEWA DARI UNIVERSITY MALAYSIA KELANTAN


Mun ni saya kenal melalui facebook. Mun order 25 cupcakes and bagi design. Harap design tu tak lari banyak dari yang Mun Minta. Flavour cupcakes Mun ialah Chocolate Moist.






ORDER DARI IRMA UNTUK SUAMI TERCINTA

Irma ni pun berniaga juga, . Dia minta 25pcs cupcakes dengan tema Love dan Floral untuk buat surprise pada suaminya. Semoga berpuas hati. Terima kasih!






TERIMA KASIH SEMUA....
Powered by Blogger.